Rabu, 27 Julai 2011

Sajakku "MASA"


Buat teman-teman,
Masa yang lepas takkan berulang lagi.Oleh itu, gunakan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah.

TEKNIK MENJAWAB



KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENULISAN
 BAHAGIAN A
Langkah 1 ( Membina ayat )
Soalan daripada bahagian A terdiri daripada bahan grafik termasuklah gambar,carta,jadual dan peta. Bahan grafik ,gambar terbahagi kepada dua iaitu gambar tunggal dan gambar bersiri., Bagi gambar  bersiri, ayat yang dibina mestilah seimbang.
Murid-murid mestilah membina 5 ayat gramatis sahaja berdasarkan aktiviti atau situasi(keadaan) yang terdapat di dalam gambar tersebut.Murid-murid janganlah menulis kurang daripada 5 ayat ataupun lebih daripada 5 ayat.
Sebelum membina ayat, murid-murid perlulah meneliti aktiviti atau situasi berdasarkan gambar yang diberi sama ada tunggal atau bersiri. Selepas itu, catatkan aktiviti atau situasi utama di dalam ayat tersebut.Murid-murid dilarang mencatat perkara yang tersirat atau pendapat.Catat yang nyata atau tersurat sahaja.Semasa menulis ayat, murid-murid hendaklah menulis ayat yang lengkap.Sebaiknya satu aktiviti satu ayat.Murid-murid perlu membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang pelbagai dalam setiap ayat.
Langkah 2 ( Menyemak ayat )
1)  Pastikan ayat  yang ditulis berdasarkan perkara yang penting dalam gambar.
2)  Ayat yang ditulis mengikut strukturnya,selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul.
3)  Semak guna: S- Struktur
                             E-Ejaan
                             P-Perbendaharaan kata
                             I- Imbuhan
                             T- Tanda baca






Bahagian C
Murid-murid mestilah menulis 5 nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.Petikan ada juga dalam bentuk sajak,syair atau pantun.
Aspek-aspek yang dinilai:
1) Menjawab tugasan( Arahan soalan ) : i) Tulis 5 Nilai/pengajaran
                                                                       ii) Tulis tidak lebih daripada 50 patah perkataan
                                                                      iii) Tulis dalam satu perenggan bukannya dalam bentuk nombor.  
2) Ayat
3) Kosa kata/ kata
4) Pengolahan
5) Nilai
6) Ejaan dan tanda baca

Teknik Menjawab
1) Baca dan faham teks yang diberikan.
2) Baca petikan
3) Gariskan nilai-nilai murni
4) Jelmakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan – Cari perkataan lain yang sama dan buat rumusan nilai yang dijelmakan daripada petikan sahaja.
Bil
Nilai –nilai murni /Amalan yang baik/pengajaran yang tersurat ( Yang tercatat dalam petikan )
Nilai-nilai murni yang dijelmakan @
Nilai-nilai murni/Amalan yang baik/Pengajaran yang tersirat. (Fikir sendiri  berdasarkan nilai-nilai daripada petikan tersebut)
1.
Berhati-hati melintas jalan raya.
Berwaspada
2.
Memberi derma kepada orang miskin.
Bermurah hati
3.
Bangun awal untuk ke sekolah.
Berdisplin
4.
Mengucapkan terima kasih kepada orang lain.
Memberi penghargaan
5.
Memberi salam kepada guru.
Menghormati



5) Nilai-nilai murni/pengajaran yang dijelmakan tidak memerlukan huraian.
6) Ulas 5 nilai/pengajaran sahaja.
7) Nama-nama watak boleh dibuat sebagai contoh.
8) Masukkan nilai-nilai murni/pengajaran yang dijelmakan ke dalam rangka jawapan.

Rangka jawapan:
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat diperolehi daripada petikan tersebut ialah kita hendaklah _______________________ seterusnya kita mestilah_______________________________________
Selain itu kita sewajarnya______________________________________________.Di samping itu juga
kita mestilah_________________________________________________________________________
Akhir sekali kita semestinya___________________________________________________________
  

Disediakan oleh :Alisah bt. Ibrahim
Ketua Panitia BM  /Guru Cemerlang BM Sk.Apal

“SEMOGA GARIS PANDUAN INI AKAN MENJADI PEDOMAN KEPADA SEMUA GURU TAHAP 2 YANG BAHARU/LAMA MENGAJAR BM “








                           





Jumaat, 11 Mac 2011

Kata Nama Terbitan, Simpulan Bahasa dan Penjodoh Bilangan



Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :


klik di sini untuk maklumat lanjut