Rabu, 27 Julai 2011
Sajakku "MASA"
Buat teman-teman,
Masa yang lepas takkan berulang lagi.Oleh itu, gunakan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah.
TEKNIK MENJAWAB
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENULISAN
BAHAGIAN A
Langkah 1 ( Membina ayat )
Soalan daripada bahagian A terdiri daripada bahan grafik termasuklah gambar,carta,jadual dan peta. Bahan grafik ,gambar terbahagi kepada dua iaitu gambar tunggal dan gambar bersiri., Bagi gambar bersiri, ayat yang dibina mestilah seimbang.
Murid-murid mestilah membina 5 ayat gramatis sahaja berdasarkan aktiviti atau situasi(keadaan) yang terdapat di dalam gambar tersebut.Murid-murid janganlah menulis kurang daripada 5 ayat ataupun lebih daripada 5 ayat.
Sebelum membina ayat, murid-murid perlulah meneliti aktiviti atau situasi berdasarkan gambar yang diberi sama ada tunggal atau bersiri. Selepas itu, catatkan aktiviti atau situasi utama di dalam ayat tersebut.Murid-murid dilarang mencatat perkara yang tersirat atau pendapat.Catat yang nyata atau tersurat sahaja.Semasa menulis ayat, murid-murid hendaklah menulis ayat yang lengkap.Sebaiknya satu aktiviti satu ayat.Murid-murid perlu membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang pelbagai dalam setiap ayat.
Langkah 2 ( Menyemak ayat )
1) Pastikan ayat yang ditulis berdasarkan perkara yang penting dalam gambar.
2) Ayat yang ditulis mengikut strukturnya,selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul.
3) Semak guna: S- Struktur
E-Ejaan
P-Perbendaharaan kata
I- Imbuhan
T- Tanda baca
Bahagian C
Murid-murid mestilah menulis 5 nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.Petikan ada juga dalam bentuk sajak,syair atau pantun.
Aspek-aspek yang dinilai:
1) Menjawab tugasan( Arahan soalan ) : i) Tulis 5 Nilai/pengajaran
ii) Tulis tidak lebih daripada 50 patah perkataan
iii) Tulis dalam satu perenggan bukannya dalam bentuk nombor.
2) Ayat
3) Kosa kata/ kata
4) Pengolahan
5) Nilai
6) Ejaan dan tanda baca
Teknik Menjawab
1) Baca dan faham teks yang diberikan.
2) Baca petikan
3) Gariskan nilai-nilai murni
4) Jelmakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan – Cari perkataan lain yang sama dan buat rumusan nilai yang dijelmakan daripada petikan sahaja.
Bil | Nilai –nilai murni /Amalan yang baik/pengajaran yang tersurat ( Yang tercatat dalam petikan ) | Nilai-nilai murni yang dijelmakan @ Nilai-nilai murni/Amalan yang baik/Pengajaran yang tersirat. (Fikir sendiri berdasarkan nilai-nilai daripada petikan tersebut) |
1. | Berhati-hati melintas jalan raya. | Berwaspada |
2. | Memberi derma kepada orang miskin. | Bermurah hati |
3. | Bangun awal untuk ke sekolah. | Berdisplin |
4. | Mengucapkan terima kasih kepada orang lain. | Memberi penghargaan |
5. | Memberi salam kepada guru. | Menghormati |
5) Nilai-nilai murni/pengajaran yang dijelmakan tidak memerlukan huraian.
6) Ulas 5 nilai/pengajaran sahaja.
7) Nama-nama watak boleh dibuat sebagai contoh.
8) Masukkan nilai-nilai murni/pengajaran yang dijelmakan ke dalam rangka jawapan.
Rangka jawapan:
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat diperolehi daripada petikan tersebut ialah kita hendaklah _______________________ seterusnya kita mestilah_______________________________________
Selain itu kita sewajarnya______________________________________________.Di samping itu juga
kita mestilah_________________________________________________________________________
Akhir sekali kita semestinya___________________________________________________________
Disediakan oleh :Alisah bt. Ibrahim
Ketua Panitia BM /Guru Cemerlang BM Sk.Apal
“SEMOGA GARIS PANDUAN INI AKAN MENJADI PEDOMAN KEPADA SEMUA GURU TAHAP 2 YANG BAHARU/LAMA MENGAJAR BM “
Langgan:
Catatan (Atom)