Rabu, 28 Mac 2012

KARNIVAL BAHASA PERINGKAT ZON JABI



Pada 28hb Mac 2012 Karnival Bahasa Melayu telah diadakan di Sekolah Kuala Kubang.Terdapat 4 acara yang dipertandingkan iaitu bercerita tahap 1,bercerita tahap 2, pidato dan permainan sahibba.Sekolah Kebangsaan Apal menghantar 4 orang wakil sekolah. Bercerita tahap 1 diwakili oleh Qudwatu Ahsana Faiezi bt.Faizul, bercerita tahap 2 diwakili oleh Nur Atiera Waheeda bt.Mahadi, Sahibba, Muhammad Amirul Izzat b.Che Zakaria dan pidato pula Muhammad Haziq.
           Muhammad Amirul Izzat berjaya mendapat nombor ketiga dalam pertandingan Sahibba manakala kawan-kawannya yang lain mendapat sagu-hati. Walaupun mereka telah berusaha tetapi nasib tidak mewakili mereka.Namun begitu, semangat dan keberanian menjadi nadi penggerak kejayaan di masa hadapan.Satu lagi acara yang akan dipertandingkan iaitu berbalas pantun pada 17hb April ini.Acara ini ditangguhkan kerana pihak sekolah  Kuala Kubang  menghadapi masalah.

HARI KOAKADEMIK PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 26hb Mac 2012 Persatuan Bahasa dan Panitia BM & BI  serta kerjasama Panitia Agama telah menganjurkan Hari Koakademik peringkat sekolah.Majlis ini dirasmikan oleh  Guru Besar Sk.Apal iaitu  En.Baharuddin bin Md.Nawi.Beberapa acara telah dipertandingkan antaranya bercerita tahap 1 dan 2, bercerita kisah nabi,pidato,tulisan mekanis,bacaan mekanis,ejaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,berpantun,bersajak,bersyair dan permainan sahibba.
          Tujuan diadakan Hari Koakademi ini ialah untuk mencungkil bakat murid-murid, melahirkan murid yang berkeyakinan dan berani, menghayati seni budaya bangsa serta memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Pemenang-pemenang akan mewakili sekolah bertanding ke peringkat zon Jabi sempena Karnival Bahasa bertempat di Sekolah Kuala Kubang nanti.