Khamis, 3 Mei 2012

PESTA PANTUN ZON JABI 2012

Pada 24 dan 25hb April  2012 Pesta Pantun Peringkat Zon Jabi telah berlangsung di Sk.Kuala Kubang. Sekolah Kebangsaan Bukit Jerok  dinobatkan sebagai johan dalam Pesta Pantun Peringkat Zon Jabi manakala Sekolah Apal mendapat naib johan.Seterusnya Sekolah Kebangsaan Selasih mendapat nombor ketiga.
           Pertandingan berbalas pantun ini merupakan acara yang baru dipertandingkan di Sekolah rendah.Walau bagaimanapun pertandingan ini berjalan dengan lancar.Tambahan pula, persiapan telah dibuat oleh pihak penganjur dengan rapi.Hakim-hakim dan jurupantun dilantik dikalangan guru Bahasa Melayu Sekolah Zon Jabi.Pertandingan berbalas pantun ini dapat memupuk dan mengenali budaya bangsa sendiri.Seterusnya dapat  melahirkan modal insan yang berkeyakinan diri dan kreatif.